Perodua Myvi, Axia, Bezza tiga kenderaan terlaris negara setakat tahun ini 2020

Perodua Myvi, Axia, Bezza tiga kenderaan terlaris negara setakat tahun ini

Rawang, 5hb Ogos 2020: Perodua mendaftarkan 23,203 kenderaan pada Julai 2020, mengatasi Jun sebagai bulan jualan tertinggi setakat tahun ini sebanyak 9.2%, dan meningkatkan jumlah jualannya setakat tahun ini (YTD) kepada 97,373 unit.
Pengeluar kenderaan tersebut menganggarkan penguasaan pasaran Julai dan YTD sebanyak 40% dan 42% masing-masing, diterajui Myvi, Axia dan Bezza, yang menduduki tiga tempat teratas dari segi jualan YTD di Malaysia dengan 29,313, 28,107 dan 25,416 unit dijual masing-masing.
Perodua Myvi, kenderaan terlaris di Malaysia setiap tahun sejak 2006, baru-baru ini telah dinaiktaraf dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 terkini. Ia kekal menjadi antara kenderaan dengan ciri keselamatan canggih yang paling mampu milik di negara ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Sejak kembali beroperasi selepas penutupan selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jualan kami telah membangkit kembali dengan cepat, didorong pengecualian cukai jualan oleh pihak kerajaan yang akan berlangsung sehingga akhir tahun.
“Sekiranya perkembangan ini berterusan, jumlah jualan yang menggalakkan ini akan membolehkan kami membantu eko-sistem pembekal dan pengedar automotif pada masa yang sukar ini,” tambahnya.
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menganggarkan bahawa jumlah keseluruhan industri (TIV) sekurang-kurangnya 500,000 unit diperlukan tahun ini untuk memastikan kelangsungan eko-sistem automotif.
“Di sebalik krisis COVID-19 ini, kami menyedari bahawa kami harus bekerja pada kapasiti penuh untuk membantu ekonomi Malaysia dan melindungi pekerjaan.
“Sebagai peneraju pasaran, keutamaan Perodua adalah untuk terus menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk memaksimumkan kepuasan pelanggan. Kami komited untuk terus menawarkan nilai yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia dari segi harga yang berpatutan, kualiti, teknologi dan ciri-ciri canggih yang terbaharu.
Semua model semasa Perodua mempunyai kandungan komponen tempatan lebih 90% dan disebabkan skala ekonominya, alat ganti servis ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mudah didapati, memberikan para pelanggannya ketenangan minda yang menyeluruh.
Dato’ Zainal menambah bahawa Perodua mengamalkan konsep Simple, Slim and Compact dalam semua operasinya, merangkumi interaksi dengan semua pihak berkepentingan, di samping sentiasa mengutamakan insan.

Senarai Harga Perodua Myvi , Perodua Bezza dan Perodua Axia

Berikut merupakan Harga Perodua Myvi 2020 , harga Perodua Myvi terkini dengan diskaun pengecualian cukai dari tarikh 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.Harga Perodua Myvi Baru yang di sertakan adalah harga on the road dan harga myvi untuk bayaran bulanan pinjaman bank atau cash.Pembayaran bulanan Perodua Myvi Full Loan atau dengan deposit.Harga yang disertakan adalah harga sebenar tanpa “hidden charge”.

  • Perodua Myvi 1.3 G Auto RM44,486.75
  • Perodua Myvi 1.3 X Auto RM44,471.85
  • Perodua Myvi 1.3 X Auto (WITH ASA ) RM48,527.00
  • Perodua Myvi 1.5 H Auto (WITH ASA ) RM52,214.25
  • Perodua Myvi Advance Auto RM54,436.40

 

Pricelist Perodua Myvi 2020 terkini 

 

 

Berikut merupakan Harga Perodua Axia 2020 , harga Perodua Axia terkini dengan diskaun pengecualian cukai dari tarikh 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.Harga Perodua Axia Baru yang di sertakan adalah harga on the road dan harga axia untuk bayaran bulanan pinjaman bank atau cash.Pembayaran bulanan Perodua Axia Full Loan atau dengan deposit.Harga yang disertakan adalah harga sebenar tanpa “hidden charge”

 

  • Perodua Axia Standard E – Manual(solid) RM24,273.55
  • Perodua Axia Standard E – Manual(metallic) RM24,273.55
  • Perodua Axia Standard G – Auto(solid) RM33,629.60
  • Perodua Axia Standard G – Auto(metallic) RM33,629.60
  • Perodua Axia G Xtra – Auto(solid) RM35,149.70
  • Perodua Axia G Xtra – Auto(metallic) RM35,149.70
  • Perodua Axia Style – Auto(solid) RM38,777.40
  • Perodua Axia Style – Auto(metallic) RM38,777.40
  • Perodua Axia Se – Auto(solid) RM38,777.40
  • Perodua Axia SE – Auto(metallic) RM38,777.40
  • Perodua Axia Advance – Auto(solid) RM42,829.65
  • Perodua Axia Advance – Auto(metallic) RM42,829.65

 

Pricelist Perodua Axia 2020 Terkini

 

 

Berikut merupakan Harga Perodua Bezza 2020 , harga Perodua Bezza terkini dengan diskaun pengecualian cukai dari tarikh 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.Harga Perodua Bezza Baru yang di sertakan adalah harga on the road dan harga bezza untuk bayaran bulanan pinjaman bank atau cash.Pembayaran bulanan Perodua Bezza Full Loan atau dengan deposit.Harga yang disertakan adalah harga sebenar tanpa “hidden charge”.

  • Perodua Bezza 1.0 GX – Manual(Metallic) RM34.598.15
  • Perodua Bezza 1.0 GX – Auto(Solid) RM36,588.25
  • Perodua Bezza 1.0 GX – Auto(Metallic) RM36,588.25
  • Perodua Bezza 1.3 Premium X – Auto(Solid) RM43,941.20
  • Perodua Bezza 1.3 Premium X – Auto(Metallic) RM43,941.20
  • Perodua Bezza 1.3 Advance- Auto(Solid) RM49,911.55
  • Perodua Bezza 1.3 Advance- Auto(Metallic) RM49,911.55
    Pricelist Perodua Bezza 2020 Terkini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

NOTA: Pelanggan dinasihatkan berhati hati jika ditawarkan dengan harga on the road dan harga bulanan yang terlampau rendah atau tinggi.Sebarang transaksi pembayaran Booking atau Deposit pembelian dengan Kami,bayaran terus ke akaun syarikat,PERODUA SALES SDN BHD, MAYBANK , NO AKAUN 512754303637 bukan ke akaun lain atau persendirian.Hubungi Kami segera untuk dapatkan informasi yang tepat.Dapatkan kemudahan pembelian kereta Perodua terus dengan Branch Hq Perodua.